bicara bulan padaku

January 28, 2008 at 8:55 am (Uncategorized)

cute tak??

  Capri
14 Jun, 1999 – Isnin

Kelmarin…
bulan mempersendakan aku
Kata bulan butakah aku
“Gadismu kau bandingkan dengan ku”
Bulan mengejekku
“Indah parasmu, sayang,
bagaikan rembulan”
“Kau merindukan gadismu
bagaikan pungguk rindukan aku”
Tertawa bulan
“Kerana aku indah maka dipuji”
“Kerana aku sukar digapai
maka aku dirindu”
Lalu mengeluh bulan
“Indahku bukan milikku
kerana ku pinjam sinar mentari”
“Jauhku bukan membanggakan diri
kerana ku sembunyikan kekurangan ini”
Malam ini…
ku merenung bulan lagi
Bersama gadisku di sisi
Bulan hilang di balik awan
Meratapi diri
Ku merenung gadisku
Yang indahnya pun hanya pinjaman
Namun sering ku rindu
walau pun kini di depan mata

Permalink 1 Comment