perjumpaan mega FKP

March 1, 2008 at 8:56 am (Uncategorized)

English Clinic di FKP

Oleh RABIATUL ADAWIYAH YAHYA

USIM- “English Clinic adalah tempat untuk mahasiswa mempelajarinya supaya dapat memahami buku teks, buku rujukan, artikel-artikel English, menguasai bidang penulisan serta dapat membuat kertas kerja menggunakan bahasa tersebut,” ulas Datin Sri Dr. Hajjah Mizan Adiliah Haji Ahmad Ibrahim, Dekan FKP pada majlis Perjumpaan Mega FKP.       Majlis yang berlangsung di dewan kuliah pusat empat pada jam 3 petang dihadiri oleh mahasiswa dari Tahun Satu sehingga Tahun Tiga dari program Komunikasi, Kaunseling dan juga Dakwah. Datin Sri menambah program ini adalah berbayar dan berharap mahasiswa FKP dapat merebut peluang yang ada serta menggunakannya sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan prestasi dalam bidang akademik. “Saya amat berharap para pelajar dapat menggunakan inisiatif ini untuk meningkatkan prestasi masing-masing, tanpa mengira apa jua bidang yang kamu ambil,” ujar Datin Sri .      Rata-rata mahasiswa mengatakan program ini amat bagus ketika ditanya mengenainya. “Satu inisiatif yang baik dan pelajar dapat meningkatkan penguasaan bahasa dalam bidang akademik,” ujar Raiilah Akal, 23.       Sementara itu, seorang lagi pelajar, Nik Nora Asmira, 20, menambah, program tersebut bagus kerana dapat membantu kita secara individu. “English Clinic ini amat bagus kerana boleh membantu secara personal dan fokus pada diri kita serta dapat meningkatkan penggunaan bahasa tersebut dalam proses pembelajaran di universiti ini,” ulasnya.        Manakala, Mohd Al-Hafis Zakaria, 23, mengatakan bahawa pelajar perlu merebut peluang yang disediakan oleh fakulti ini kerana ianya berbayar. “Satu langkah yang baik, membantu pelajar dalam usaha memperbaiki mutu Bahasa Inggeris. Pelajar seharusnya merebut peluang yang ada untuk peningkatan diri masing-masing kerana ini adalah satu langkah bijak yang disediakan fakulti dalam membantu mahasiswa dalam proses pengajian,” tambah beliau. 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: