sepatah dua dari NC

March 1, 2008 at 9:04 am (Uncategorized)

MAJLIS KONVOKESYEN KHAS USIM 

USIM- Anugerah Penghormatan USIM. Satu temuramah khas bersama Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin telah diadakan beberapa hari lepas berkenaan dengan anugerah penghormatan yang telah dijalankan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. Anugerah penghormatan ini telah dikurniakan kepada Syeikh Al-Azhar Prof. Dr. Muhammad Sayyed Tantawi dan disampaikan oleh Tunku Ampuan Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Canselor USIM.     Prof Dato’ Dr. Abdul Shukor mengatakan majlis khas itu merupakan satu majlis yang bermakna dan penting kepada USIM dalam mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada tokoh yang memang layak menerimanya dan Syeikh Al-Azhar merupakan calon pertama yang dianugerahkan  oleh USIM.    “Majlis ini sangat penting kepada USIM dan merupakan satu penghormatan dalam menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada Syeikh Al-Azhar kerana beliau merupakan seorang tokoh yang memang layak mendapat anugerah tersebut. Diklasifikasikan sebagai tokoh ilmiah, tokoh dermawan dan seorang yang banyak menyumbang pada agama. Majlis  khas ini disebabkan hubungan pengajian itu sendiri iaitu da’wah dan pengurusan Islam dan merupakan program yang berteraskan pengajian Islam,” ujar beliau.     Justeru itu, Prof. Dato’ menambah, majlis ini adalah usaha yang perlu dilaksanakan berterusan, bukan semata menghormati tokoh tetapi sebagai satu platform dalam meletakkan USIM di arena antarabangsa.   “Majlis adalah satu usaha untuk membawa USIM ke antarabangsa dengan memberi anugerah kepada tokoh seperti ini. Usaha berterusan perlu dijalankan untuk mewujudkan jalinan kerjasama dan persahabatan antara USIM dan Universiti Al-Azhar serta merupakan satu jaringan yang penting bagi meletakkan USIM dalam arena global. Bukan semata pada ijazah kehormat, tetapi yang penting adalah institusi mereka supaya kita dilihat secara telus di mata dunia,” tambah beliau.    Katanya lagi, dakwah memberikan satu sumbangan yang sangat besar bagi dunia Islam dan pengurusannya adalah pentadbiran sendiri, bersandarkan Islam dan satu pendekatan berjaya.   “Universiti Al-Azhar merupakan universiti yang tertua di dunia, pengurusan dan pentadbirannya tidak melihat ke Barat dan bersumberkan kepada Islam. Syeikh Al-Azhar datang ke Malaysia selama beberapa hari dan banyak pihak yang inginkan beliau memberi ucapan untuk menaikkan semangat dan penjelasan serta kekuatan kepada umat Islam khususnya,” ulas beliau lagi.   

 

1 Comment

  1. nazeeha said,

    salam, good effort.marilah kita cuba menteladani dan mencontohi ulama tkoh kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: