April 17, 2008 at 11:13 am (Uncategorized)

Syabas dan tahniah- Tuanku Najihah

Biey/ 1 April 2008

USIM- Syabas dan tahniah. Itulah yang dititahkan Baginda Tuanku Najihah, Canselor USIM sewaktu keberangkatan tiba Baginda ke USIM pada 26 Mac lalu. Baginda Tuanku mencemar duli berangkat ke USIM  di majlis lawatan kerja yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3.

   “Syabas dan tahniah beta ucapkan di atas kemajuan serta pembangunan yang terdapat di USIM setelah beberapa tahun ditubuhkan. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan USIM berpindah ke kampus yang moden di Nilai.

   “Tahniah juga di atas penganugerahan Konvokesyen Khas USIM kepada Syeikhul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi beberapa bulan yang lalu. Disamping itu juga, universiti ini bertujuan menghasilkan graduan yang berketrampilan, berkemahiran tinggi, dan berdisiplin,” ulas Baginda Tuanku.

   Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor dalam sembah aluannya  menyifatkan lawatan tersebut memberi signifikant kepada semua kakitangan dari setiap jabatan untuk bekerja lebih gigih dalam memartabatkan USIM pada kedudukan yang membanggakan .

   “Lawatan kerja Baginda Tuanku memberi makna yang besar kepada kita. Marilah kita sama-sama jadikan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia ini sebagai satu simbol yang akan menjadikan kita bekerja dengan lebih keras lagi serta meletakkan USIM dalam posisi yang membanggakan.

   “Selain itu, USIM juga dapat mencapai matlamatnya dengan mudah selagi Baginda Tuanku menjadi Canselor kepada universiti ini. Sesetengah fakulti masih lagi dalam proses pembinaan dan fakulti perubatan juga akan dibangunkan nanti di dalam kampus tetap USIM,” ulas beliau.

   Memetik ucapan Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin dalam pembentangan taklimat akademik dan perkembangan USIM, beliau menyatakan jumlah peningkatan mahasiswa dan kakitangan akademik semakin bertambah, meliputi pelbagai jawatan dan gred sejak dari penubuhannya.

   Sehubungan itu juga, universiti ini menebarkan sayapnya dengan menambah program-program untuk ditawarkan kepada mahasiswa pada masa akan datang. USIM juga akan mengadakan konvokesyennya yang ke-8 pada bulan Ogos nanti.

   Seorang mahasiswa dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Siti Aisyah Husin, 26, berpendapat bahawa keberangkatan Baginda Tuanku ke universiti ini akan menambahkan lagi semangat untuk terus bekerja keras dan meningkatkan nama USIM di mata dunia.

   “Perkembangan USIM masih dalam peringkat pembangunan dan Tuanku kelihatannya bangga dengan perkembangan ini. Semoga dengan kedatangan Baginda akan menambahkan lagi semangat dan untuk terus bekerja keras dan menaikkan nama USIM di mata dunia,” ulasnya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: