April 17, 2008 at 11:47 am (Uncategorized)

FKP  ENGGAN MENYERAH KALAH

Biey/ 1 April 2008

USIM- Kalah tipis dengan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Itulah realiti yang terpaksa dihadapi oleh pemain bola tampar wanita Fakulti Sains danTeknologi (FST) setelah berentap dengan pasukan FKP yang akhirnya menjulang nama FKP sebagai juara keseluruhan bagi pasukan bola tampar wanita dalam perlawanan Sukan Antara Fakulti (SUFA).

   Pasukan FST yang mendahului perlawanan pada pusingan pertama tidak menduga pasukan FKP juga mampu memberikan saingan yang hebat dan akhirnya memenangi pusingan seterusnya. Walau bagaimanapun, kekecewaan tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan perlawanan.

   “Kami tidak kecewa kerana ini adalah penyertaan pertama kami dan pasukan FST telah memenangi tempat kedua dalam perlawanan tersebut. Walaupun tidak kesemua pemain FST mempunyai pengalaman, tetapi dengan semangat pasukan yang tinggi, kami dapat menyaingi pasukan FKP yang majoritinya adalah pemain MASUM. Kami berpuas hati walaupun hanya kalah tipis,” ujar Elly Norasnira Abdul Razak, 22, pemain bola tampar pasukan FST.

   Namun begitu, kapten bola tampar wanita FKP, Madzfizza Mazman, 23, mangatakan pihak lawan juga terdiri daripada pemain-pemain yang berbakat. Pasukan FST juga mempunyai kebolehan yang tersendiri dalam memberikan saingan pada perlawanan tersebut.

   “Mereka terdiri daripada pemain MASUM dan pemain yang berbakat. Jika tidak, mustahil pasukan mereka boleh kalah tipis pada pasukan FKP dan memenangi pusingan pertama. Kami tidak menyangka akan memenangi perlawanan akhir. Ini kerana, FKP ketinggalan jauh dalam mengutip mata perlawanan pada set penentuan antara FKP dan FST, “ tambah beliau.

   Perlawanan bola tampar wanita yang menyaksikan saingan sengit antara pasukan FKP dan pasukan FST telah berlangsung di Kompleks Sukan USIM baru-baru ini. Perlawanan ini adalah kesinambungan SUFA yang telah bermula pada akhir Januari lalu dan berakhir pada hujung Mac ini.

 

 

 

2 Comments

  1. rynhassan said,

    Salam
    Berita sukan yang menarik..teruskan usaha anda..Good Luck

  2. raihayu said,

    good job..majulah sukan untuk USIM…GOOD LUCK 4 FINAL EXAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: