akukah itu…?

June 9, 2008 at 9:21 am (Uncategorized)

kelahiran diriku bukanlah satu permintaan dalam hidup ini. begitu juga kamu, aku pasti tiada seorang pun yang “mendambakan” kelahiran diri sendiri ke dunia ini. namun, apalah daya kita hambaNya yang serba kerdil ini, tidak mampu menghalang bila kalimah “kun fayakun” dilaungkan oleh Yang Maha Esa.

setiap insan yang dijadikan adalah sebaik-baik kejadian. dan kita sendiri yang mencorakkan kehidupan yang dianugerahkan ini. sejak kelahiran yang tercipta, aku yakin setiap ibubapa telah pun mencorakkan “kain putih bersih” ini dengan didikan yang cukup sempurna.

namun, entah di mana silapnya, apa puncanya, dan bilakah semua ini bermula, tidak kita pasti. peredaran masa mengubah setiap yang hidup, sama ada ke arah kebaikan atau kejahatan. dan perubahan itu berlaku tanpa kita sedar dan dipinta. persoalannya, adakah perubahan tersebut di landasan yang betul atau sebaliknya…? adakah perubahan yang berlaku itu kehendak kita atau perjalanan hidup yang telah ditentukan sejak azali lagi…?  dan, siapakah yang harus dipersalahkan dalam percaturan hidup yang serba tidaksempurna ini..?

begitulah aku, walau kehidupan ini tidak ku pinta sama sekali, namun harus ku hadapi. kenapa, mengapa..?! kerana aku adalah satu-satunya insan yang diberikan nama dan punya binti, bagi aku tidak mungkin insan lain mempunyai nama seperti aku di alam ini.

nama..perlukah nama itu sesedap CT atau ERRA…? tidak, cukuplah ia punyai makna yang indah walau empunya diri tidaklah seindah namanya…

terkadang manusia mentafsirkan diri seseorang berdasarkan nama indah yang telah diberikan. di sinilah silapnya manusia, sungguh cepat memperkatakan tentang keburukan diri seseorang. tetapi, adakah kamu tahu, setiap keburukan atau kejahatan yang dilakukan bukanlah seperti yang dikehendaki mereka…?

justeru itu, berfikirlah sejenak dan perhatikan keadaan sekeliling. seterusnya kajilah setiap yang terjadi, bermula daripada akar umbinya dan jika anda mampu, cubalah fikirkan jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang berlaku. jangan hanya pandai menuding jari pada mereka yang terlibat.

aku, adalah seorang insan biasa yang mempunyai jatidiri serta prinsip hidup yang telah lama aku gariskan dalam kehidupan ini. bukan satu, tapi banyak. namun, harus ku akui, bukan mudah untuk mengekalkan prinsip tersebut, lebih-lebih lagi dalam arus pemodenan yang semakin “mengganas” di alaf ini. 

bukan sengaja “dikotori”, tapi itulah hakikat sebuah kehidupan. ini bagi pandanganku, anda? terpulang, kerana masing-masing punya pandangan sendiri.

kehidupan yang menjanjikan keseronokan membuatkan aku lalai dan alpa. tanpa memikirkan kesan mendatang serta dosa, aku terus-terusan hanyut dibuai mimpi indah dalam dunia yang aku “kemudi” sendiri.

bukan aku tidak pernah melawan arus kehidupan. aku cuba, cuba, dan terus mencuba lagi. namun, apalah daya seorang hamba kerdil ini. semakin dicuba, semakin kuat pula ujian melanda.

apakah itu nafsu? ya, nafsu… itulah “musuh” paling ketat bagi setiap yang bergelar manusia. andai kita mengikut rentaknya, maka kita akan ditertawakan oleh sekutunya, iaitu syaitan nirrajim…nauzubillah…

ya Allah..apakah diriku sudah jauh terpesong? apakah ini permainan kehidupan atau sememangnya sesuatu yang sudah tercatit di dalam “diari ” Mu?

ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. dan aku yakin, Engkau amat memahami segala isi hati yang terbuku dalam diri ini.

ya Allah, bukakan lah pintu hati ini dengan hidayah Mu supaya aku dapat menyembah Mu dengan ikhlas, dengan harapan Engkau menggugurkan setiap dosa yang telah aku buat dan terus menyintai Mu dengan sepenuh hati agar Engkau tidak “membuang ” aku dari kehinaan dunia yang sentiasa rancak berpesta.

to be continue…. 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: