Here is a short story with a beautiful message…

March 3, 2008 at 8:11 am (Uncategorized)

 

FunAndFunOnly  (www.mails4u..net.tc)
Little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter,
“Sweetheart, please hold my hand so that you don’t fall into the river.”
The little girl said, “No, Dad. You hold my hand.”
“What’s the difference?” Asked the puzzled father.
“There’s a big difference,” replied the little girl.
 
“If I hold your hand and something happens to me,
chances are that I may let your hand go.
But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens,
you will never let my hand go.”


In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.

So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours…
This message is too short……but carries a lot of Feelings.
Advertisements

Permalink 7 Comments

adakah nasib kita seperti mana di bawah…??

March 2, 2008 at 3:38 am (Uncategorized)

“KISAH YANG MUNGKIN NYATA”

 Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara keluarga sedang berkumpul diruang tengah.Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya sesuatu yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya, siapa dia… tiba2 aku merasa dada ku sesak… sukar untuk bernafas… . namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku… … terus berjalan… .. ke kerongkongku. .. .sakittttttttt. .. … .. sakit… … rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,… .Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku… ..Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… … … khhhh… .. kerongkonganku berbunyi. Sakit… .. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi… Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… .mataku terbelalak.. . .. air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja… . hilang dari pandangan.Namun setelah itu… … … aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya. Aku heran… keluarga ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan kearahku… . Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.Siapa dia ?… Mengapa keluarga ku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria … lebih teruk ibuku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi… Siapa dia… … … … . ?? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia… … .. dia… … . dia mirip dengan aku… . ada apa ini Tuhan… ??Aku cuba menarik tangan iibuku tapi tak mampu… .. Aku cuba pula untuk merangkul abang, kakak dan adik2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..Aku mulai berteriak… .. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku… Dan mereka terus-menerus menangis… .aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati… aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka. tak kuasa aku menangis… . berteriak… … Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.Dalam hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk mereka. Tapi waktuku telah habis… … . masaku telah terlewat… … .. aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa bersimpuh,mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia, aku amat  bahagia Ya Allah…

Permalink 5 Comments

fikir-fikirkanlah…

March 2, 2008 at 3:26 am (Uncategorized)

PERANGKAP TIKUS 

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam “hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??”. Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus.  Sang tikus naik panic bukan kepalang.Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, ” Ada perangkap tikus di rumah….di rumah sekarang ada perangkap tikus….” Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, ” Ada perangkat tikus !” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati…tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. “Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. ” Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. “Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata ” Eleh engkau ni…Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.Dari kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi…

SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA… FIKIRKANLAH SEKALI LAGI. . . 

Permalink 1 Comment

March 1, 2008 at 9:45 am (Uncategorized)

PENGALAMAN HIDUP  TUKANG GANTUNG

 HUKUMAN GANTUNG sampai mati merupakan hukuman paling berat yang boleh dijatuhkan ke atas mana-mana orang perseorangan yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta-akta tertentu seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang negara. Hanya seseorang wanita yang sedang mengandung sahaja boleh dikecualikan daripada hukuman tersebut. tetapi mahkamah boleh menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup seperti yang termaktub di bawah Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).Berbalik kepada hukuman mati ini, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana banyak prosedur dan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan melaksanakan hukuman yang menakutkan ini. Untuk itu, Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung’.Tukang gantung bukanlah satu jawatan yangdiimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spirituil. Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa’ tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?” katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini. 
 
Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut’.
Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung. Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja’ itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini. Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati,semuanya automatik menjadi rahsia… orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung,” katanya.Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan. 
 
Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi.Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain.Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu… selalunya semakin berat seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya.Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari
badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di Negara ini,” katanya. Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu.
Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi`dengusan’ daripada mulut mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini…. eeeerrrrkkk, sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapikalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar,” katanya sambil ketawa. 
 
Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik gear’ dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah. Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah. Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta. Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas. 
 
Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal’ kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya. 
 
Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya. Kerja-kerja menggantung pesalah akan dilakukan dengan cepat dan pantas… tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna. Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi. Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku,” katanya. 
 
Mengenai `gangguan’ yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau’ namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara.

Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang’ dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya pulang’ dan dia pun terus menghilangkan diri. Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata,” katanya sambil tersenyum.Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat’ beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara.


Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya. Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara,” ujarnya. 
 
Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit.Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah. Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama. 
 
Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati danberkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita? Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah pemergian’ mereka dirahmati-Nya,” ujar beliau. 
 
Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis:

 Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran
 kepada kita semua.Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear’ di
 bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan
 nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan…keajaiban itu
 tidak pernah berlaku!” kerana….. HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI
…..!!!

 

Permalink 3 Comments

lawak tak..??

March 1, 2008 at 9:24 am (Uncategorized)


Permalink Leave a Comment

beringat-ingatlah wahai kawan2…

March 1, 2008 at 9:13 am (Uncategorized)

Berpada-padalah Mengajar Anak 

Sepasang suami isteri, seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya….Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik siisteri lagi. Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri,mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.Dilihatnya tapak angan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas. “Bagi minum panadol tu,” balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor.Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. “Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. “Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. ”Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.. 

Permalink 3 Comments

sepatah dua dari NC

March 1, 2008 at 9:04 am (Uncategorized)

MAJLIS KONVOKESYEN KHAS USIM 

USIM- Anugerah Penghormatan USIM. Satu temuramah khas bersama Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin telah diadakan beberapa hari lepas berkenaan dengan anugerah penghormatan yang telah dijalankan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. Anugerah penghormatan ini telah dikurniakan kepada Syeikh Al-Azhar Prof. Dr. Muhammad Sayyed Tantawi dan disampaikan oleh Tunku Ampuan Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Canselor USIM.     Prof Dato’ Dr. Abdul Shukor mengatakan majlis khas itu merupakan satu majlis yang bermakna dan penting kepada USIM dalam mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada tokoh yang memang layak menerimanya dan Syeikh Al-Azhar merupakan calon pertama yang dianugerahkan  oleh USIM.    “Majlis ini sangat penting kepada USIM dan merupakan satu penghormatan dalam menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada Syeikh Al-Azhar kerana beliau merupakan seorang tokoh yang memang layak mendapat anugerah tersebut. Diklasifikasikan sebagai tokoh ilmiah, tokoh dermawan dan seorang yang banyak menyumbang pada agama. Majlis  khas ini disebabkan hubungan pengajian itu sendiri iaitu da’wah dan pengurusan Islam dan merupakan program yang berteraskan pengajian Islam,” ujar beliau.     Justeru itu, Prof. Dato’ menambah, majlis ini adalah usaha yang perlu dilaksanakan berterusan, bukan semata menghormati tokoh tetapi sebagai satu platform dalam meletakkan USIM di arena antarabangsa.   “Majlis adalah satu usaha untuk membawa USIM ke antarabangsa dengan memberi anugerah kepada tokoh seperti ini. Usaha berterusan perlu dijalankan untuk mewujudkan jalinan kerjasama dan persahabatan antara USIM dan Universiti Al-Azhar serta merupakan satu jaringan yang penting bagi meletakkan USIM dalam arena global. Bukan semata pada ijazah kehormat, tetapi yang penting adalah institusi mereka supaya kita dilihat secara telus di mata dunia,” tambah beliau.    Katanya lagi, dakwah memberikan satu sumbangan yang sangat besar bagi dunia Islam dan pengurusannya adalah pentadbiran sendiri, bersandarkan Islam dan satu pendekatan berjaya.   “Universiti Al-Azhar merupakan universiti yang tertua di dunia, pengurusan dan pentadbirannya tidak melihat ke Barat dan bersumberkan kepada Islam. Syeikh Al-Azhar datang ke Malaysia selama beberapa hari dan banyak pihak yang inginkan beliau memberi ucapan untuk menaikkan semangat dan penjelasan serta kekuatan kepada umat Islam khususnya,” ulas beliau lagi.   

 

Permalink 1 Comment

maal hijrah 1429

March 1, 2008 at 9:00 am (Uncategorized)

Majlis Sambutan Maal Hijrah dan Hari Asyura 1429 FKP

Oleh RABIATUL ADAWIYAH YAHYA 

USIM- “Majlis seumpama ini harus diteruskan sebagai satu langkah kepada mahasiswa mendekatkan diri kepada program yang berunsurkan keislaman,” ulas Dr. Muhd Yusof B. Khalid, Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan pada majlis perasmian sambutan Maal Hijrah dan Hari Asyura FKP 1429. Majlis berlangsung di dewan kuliah pusat empat pada jam 9.30 pagi mendapat sambutan menggalakkan daripada mahasiswa. Majlis ini dianjurkan oleh jawatankuasa surau FKP, USIM bersempena awal Muharam.  

   Antara aktiviti yang diselitkan adalah ceramah Maal Hijrah dan ahli panelnya terdiri daripada pensyarah-pensyarah FKP iaitu Ustaz Khairi Mahyudin dan Ustaz Rusydan Jailani. “Hijrah telah berlaku dalam Islam sejak zaman Rasulullah, bukan umat Islam sahaja yang berhijrah tapi umat lain pun begitu juga,  cuma bezanya adalah niat mereka,” berkata Ust Khairi Mahyudin. Beliau mengulas lagi hijrah itu ada manfaatnya, hijrah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah dalam Islam. 

   Terdapat juga aktiviti lain iaitu aktiviti memasak bubur asyura di kalangan mahasiswa. Seorang mahasiswa ketika ditanya mengenainya mengatakan majlis ini sangat baik dan dapat mengeratkan hubungan sesama mahasiswa yang lain. “Majlis ini amat baik di mana ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada sekalipun penat tetapi tidak terasa kerana kami memasaknya secara berjemaah,” ujar Madzfizza Mazman, 23.  

   Objektif majlis ini adalah untuk memberi peringatan kepada mahasiswa tentang penghijrahan Rasulullah dan memberi kesedaran kepada mahasiswa seterusnya mengaplikasikannya dalam diri sebagai mahasiswa Muslim pada abad ini. Setiap mahasiswa diagihkan dengan bubur asyura setelah  selesai majlis tersebut.    

Permalink Leave a Comment

perjumpaan mega FKP

March 1, 2008 at 8:56 am (Uncategorized)

English Clinic di FKP

Oleh RABIATUL ADAWIYAH YAHYA

USIM- “English Clinic adalah tempat untuk mahasiswa mempelajarinya supaya dapat memahami buku teks, buku rujukan, artikel-artikel English, menguasai bidang penulisan serta dapat membuat kertas kerja menggunakan bahasa tersebut,” ulas Datin Sri Dr. Hajjah Mizan Adiliah Haji Ahmad Ibrahim, Dekan FKP pada majlis Perjumpaan Mega FKP.       Majlis yang berlangsung di dewan kuliah pusat empat pada jam 3 petang dihadiri oleh mahasiswa dari Tahun Satu sehingga Tahun Tiga dari program Komunikasi, Kaunseling dan juga Dakwah. Datin Sri menambah program ini adalah berbayar dan berharap mahasiswa FKP dapat merebut peluang yang ada serta menggunakannya sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan prestasi dalam bidang akademik. “Saya amat berharap para pelajar dapat menggunakan inisiatif ini untuk meningkatkan prestasi masing-masing, tanpa mengira apa jua bidang yang kamu ambil,” ujar Datin Sri .      Rata-rata mahasiswa mengatakan program ini amat bagus ketika ditanya mengenainya. “Satu inisiatif yang baik dan pelajar dapat meningkatkan penguasaan bahasa dalam bidang akademik,” ujar Raiilah Akal, 23.       Sementara itu, seorang lagi pelajar, Nik Nora Asmira, 20, menambah, program tersebut bagus kerana dapat membantu kita secara individu. “English Clinic ini amat bagus kerana boleh membantu secara personal dan fokus pada diri kita serta dapat meningkatkan penggunaan bahasa tersebut dalam proses pembelajaran di universiti ini,” ulasnya.        Manakala, Mohd Al-Hafis Zakaria, 23, mengatakan bahawa pelajar perlu merebut peluang yang disediakan oleh fakulti ini kerana ianya berbayar. “Satu langkah yang baik, membantu pelajar dalam usaha memperbaiki mutu Bahasa Inggeris. Pelajar seharusnya merebut peluang yang ada untuk peningkatan diri masing-masing kerana ini adalah satu langkah bijak yang disediakan fakulti dalam membantu mahasiswa dalam proses pengajian,” tambah beliau. 

 

Permalink Leave a Comment

kem mestika safa

March 1, 2008 at 8:26 am (Uncategorized)

//pic40.picturetrail.com/VOL271/10604720/18934978/306537773.jpg

                                                gambar student sek keb dato’ harun 2

                                                  

                                             

              

              

                                                              

                                     

                                                  geng2 fasilitator yang cute dan hensem      

                                               

                                                 

23-24/2/08

pada tarikh tersebut aku, pija, mala and kak wahid pergi ke kem mestika safa dekat hulu langat, slgor. kem tu melibatkan pelajar2 sek ren dari sek keb dato’ harun2, kiranya kitorang ni jadi fasilitator laa pada budak2 tue. macam2 kerenah diorang, ada jugak yang tak dengar kata, hyperactive sangat. kadang tue bengang jugak dengan tingkah laku diorang, terlalu manja. mula tue, kitorang tak tahu the attitude of that student. after we got close to them and ask bout their background, tak sangka la most of them are from loaded background gak laa. tiba time makan, aku mintak tolong diorang kemas pinggan sendiri pun diorang boleh tanya aku balik “kitorang kena buat ke kak?” aku balas balik “yela, kamu yang makan, kena lah kemas sendiri, takkan akak kena buat untuk kamu?”. akhirnya diorang pun kemas jugak la, heheheheeee…..power tak aku?huhuhu…ni yang susah bila ibubapa terlalu manjakan anak2, benda2 remeh pun dianggap susah, tak sesuai dengan lifestyle diorang la, ntah pape la budak zaman skrg..ape nak jadi aku pun tak tau la..

petang sabtu kitorang masuk hutan for jungle trekking, of cos la ada pacat, ala sejenis haiwan yang hisap darah orang tue, korang kenal tak?hehehe…aku pun takut jugak but luckily tak kena hisap langsung, agaknya darah aku manis kot, bb tu haiwan tu tak nak panjat betis aku, huhuhu…budak2 ni bila diberitahu ada pacat, bukan men lagi cakap tak nak masuk la, takut la, macam2 lagi la..aku pun dengan senyuman yang penuh bermakna beritahu diorang “jangan takut la, pacat tak de langsung, asal korang buat tak tahu, benda tu takkan datang” walhal dalam hati ni, siap la korang nanti, mesti ada yang menjerit2 karang, huhuhu…em, betul tafsiran aku, pacat belum jejak betis, diorang dah terjerit2. ingat histeria atau apa la time tue, rupanya pacat kat daun pokok. issy, pening kepala fikir pasal budak2 tu, nasib baik la bukan adik aku, kalau tak dah lama kena “buah tangan” kat muka, hehehe…

tiba la hari kedua, memang penat jadi fasi budak sek ren kalau dibandingkan dengan men, diorang ni susah nak dengar kata. kat sini memang aku kena serius, tapi takat mana la aku boleh serius dengan budak2 tu, kalau adik aku boleh laa. tibalah game “tolong kami bantu kami”. kat sini memang best sbab mata diorang kena ikat dengan tali, so ni lah masanya kami “mengajar” diorang. even cikgu diorang pun kenakan diorang sampai jalan sambil meniarap, kesian aku tengok tapi tak boleh nak buat apa la, hehehe…habis game, budak2 ni pakat marah kononnya kami geng2 fasi tipu yang diorang dibawa masuk hutan la, tanah perkuburan la, macam2 la, kami sume hanya senyum je. kesian diorang dipermainkan akak2 and abg2 fasi, padan muka korang, hehehe…

sebelah petangnya lak, tibalah masa untuk kami berpisah, kat sini bukan main kitorang bergambar, siap minta nu telefon and email lagi, kira budak2 tu advance jugak la. aku on email pun bila disuruh masa sem 2 hari tu, belajar IT katakan, so kena lah tahu such things of media, memudahkan kita di kemudian hari. tapi budaksekarang dah banyak terdedah kepada benda2 macam tu, bukan apa, tak salah kalau diorang tahu tapi takut satu hari nanti benda tu disalahgunakan. diorang semakin membesar, banyak lagi benda2 samada baik atau buruk akan ditempuh, harapnya diorang tu bijak memilih untuk diri dan masa depan masing2. wallahua’lam. kat bawah ni gambar2 diorang, enjoy la yer…

                   

                                                   

         

               

                                                    

                                    

                                                     antara aktiviti yang dijalankan

                                                  

Permalink 3 Comments

« Previous page · Next page »